Situs bertukar ke:

Kiamat Hampir

Sunday, February 21, 2010

Gempa Bumi Ciptaan


Firman Allah yang bermaksud: "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).." (Surah ar-Ruum, ayat 41).

Allah s.w.t amat membenci golongan yang melakukan kerosakan di muka bumi. Firman-Nya yang bermaksud: "Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedangkan Allah tidak suka kepada bencana kerosakan." (Surah al-Baqarah, ayat 205).

Telah diberitakan kepada semua manusia bawa perlakuan kerosakan yang berlaku di zaman ini adalah tindakan orang yang tamak dan rakus untuk kepentingan diri.

Sejenis teknologi baru telah berjaya dicipta oleh pihak Amerika dan juga pihak Rusia iaitu di namakan HAARP. High-Frequency Active Auroral Research Project, HAARP ini telah menjadi senjata yang sangat berbahaya dan menakutkan. Teknologi ini mampu memanipulasikan cuaca mengikut gelombang magnet yang kita pancarkan.

Teknologi baru ini dengan cara melepaskan gelombang elektromagnet ke langit ionosfera sebelum ia melantun ke bumi berdasarkan unjuran koordinat pilihan.



HAARP sangatlah hebat iaitu pemilihan gelombang melemahkan kesihatan hinggalah menggalakkan pergerakan kerak bumi.

Suatu contoh yang pernah berlaku adalah gempa bumi di Haiti yang berukuran 7.6 skala richer pada 12 Jan, 2010. Ia bagaikan suatu percubaan yang sangat kejam sehingga membunuh ribuan orang.

Dengan adanya teknologi seperti ini, mungkin peperangan lebih mudah dicapai tanpa perlu menjatuhkan bom.